HOT SALES IN MALAYSIA!!!
-

Wednesday, July 13, 2011

LA_PRAISE..



Pengenalan

Rangkaian produk penjagaan kulit sempurna yang sesuai untuk semua demi memperbaharui keseluruhan tekstur, ton dan ketegangan kulit. Penggunaan teknologi terkini memastikan hanya produk terunggul diperkenalkan untuk membantu kulit anda tampak muda dan anjal.

Rahsia Mengekalkan Muda Terbongkar
   
Ahli-ahli sains percaya bahawa SEL INDUK TUMBUHAN (PLANT STEM CELLS) berkongsi ciri-ciri yang sama dengan sel induk manusia dan dapat melanjutkan keremajaan serta melambatkan tanda-tanda penuaan kulit. Revolusi teknologi ini melindungi kulit daripada tekanan persekitaran dan kemunculan kedutan. Dengan ini menjadikan wajah kulit kelihatan muda dan berseri.












Tuesday, July 12, 2011

FAQ

 










1)


Adakah Bio~Ever sesuai untuk golongan lelaki?
Ya. Bio~Ever sesuai untuk semua jenis kulit. Oleh itu, kaum lelaki juga boleh menggunakan produk ini.


2)
Adakah Bio~Ever Nano Cream sejenis ubat?
Tidak. Bio~Ever Nano Cream mengandungi bahan botanikal semulajadi seperti pegaga, wild yam dan kacang soya. Rumusan aktif ini dirumuskan ke dalam liposom dan dihantar ke bahagian kulit yang mana ia diperlukan. Bio~Ever Nano Cream adalah sejenis krim produk kesihatan yang membantu mengawalatur rembesan hormon badan supaya menjadi normal.


3)
Apakah kuantiti Bio~Ever yang perlu saya gunakan?
Anda digalakkan supaya menggunakan 4 kotak Bio~Ever dalam masa sebulan untuk mencapai kesan yang optimum.


4)
Apakah jaminan kualiti produk Bio~Ever?
i) Menguji keselamatan setiap jenis bahan mentah supaya bebas daripada bahan kimia yang tidak dibenarkan seperti hydroquinone, tretinoin, merkuri, steroid dan hormon sintetik.
ii) Bio~Ever adalah produk halal.
iii) Bebas daripada ujian terhadap binatang.
iv) Tanpa minyak bahan galian (mineral oil). Hanya minyak daripada sumber tumbuh-tumbuhan digunakan
.


5)
Bolehkah saya menggunakan Bio~Ever Nano Cream dan memakai Premium Beautiful pada masa yang sama?
Ya. Anda digalakkan mengguna Bio~Ever Nano Cream bersama dengan pemakaian Premium Beautiful. Hal ini kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama, iaitu menggalakkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisme. Dengan ini, proses pembentukan badan menjadi lebih berkesan.


6)
Bolehkah Bio~Ever Nano Cream menguruskan badan?
Ya. Bio~Ever membantu masalah pertambahan berat badan yang disebabkan oleh ketidakseimbangan rembesan hormon dan penurunan kadar metabolisme akibat rembesan hormon yang kurang aktif.

Bio~Ever Nano Cream membantu meningkatkan kadar metabolisme dan mengurangkan masalah badan yang berisi/ kembang. Gabungkan usaha anda dengan diet yang betul, minum air bersih dan pengambilan fiber yang secukupnya. Anda pasti akan kagum dengan keberkesanan produk.


7)
Bolehkah wanita mengandung menggunakan Bio~Ever Nano Cream?
Tidak digalakkan. Wanita hamil mengalami perubahan paras hormon badan semasa hamil. Bio~Ever Nano Cream berfungsi untuk membantu menyeimbangkan hormon manusia. Justeru itu, wanita hamil tidak digalakkan untuk menggunakan Bio~Ever Nano Cream.


8)
Bolehkah wanita yang menyusu menggunakan Bio~Ever Nano Cream?
Tidak digalakkan. Ibu yang menyusu sedang mengalami perubahan paras hormon.


9)
Bolehkah kaum perempuan menggunakan Bio~Ever Nano Cream semasa kedatangan haid?
Boleh, kecuali berlaku ketidakselesaan. Cara penggunaan Bio~Ever Nano Cream oleh wanita yang mengalami menopause adalah sama.


10)
Mengapakah rasa gatal atau ruam muncul selepas menggunakan Bio~Ever Nano Cream?
Keadaan ini adalah tanda-tanda pemulihan yang hanya berterusan beberapa hari. Hal ini kerana badan sedang menjalankan proses detoksifikasi melalui kulit. Oleh itu, kemunculan ruam, kerap berkentut, kulit kepala berkelemumur dan sebagainya akan dialami.

Anda usah berasa cemas kerana keadaan ini hanya berterusan beberapa hari dan hilang selepas itu. Anda digalakkan minum lebih banyak air, bersenam, rehat secukupnya, mengambil vitamin C, fiber dan makanan anti-oksidan untuk memendekkan tempoh pemulihan ini.


11)
Mengapakah kesan Bio~Ever boleh diteliti begitu cepat selepas 10 minit menggunakannya?
Bio~Ever Nano Cream menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit. Rumusan aktif Bio~Ever Nano Cream dirumuskan ke dalam liposom, dihantar dan dibebaskan ke bahagian badan yang mana ia diperlukan.


12)
Berapakah kerap saya perlu menggunakan Bio~Ever Nano Cream sehari?
Kekerapan penggunaan Bio~Ever bergantung kepada peringkat-peringkat yang dialami oleh pengguna:
 
(a) Tempoh penyelarasan
Sapukan sedikit krim Bio~Ever pada kulit untuk menguji sama ada anda sensitif terhadap produk ini. Anda digalak menggunakan Bio~Ever pada waktu pagi dan malam, sebotol dalam seminggu untuk mencapai hasil optimum dalam masa yang singkat.

Anda akan mengalami tanda-tanda pemulihan dalam tempoh ini. Oleh itu, anda perlulah minum lebih banyak air, rehat secukupnya dan bersenam. Perpeluhan adalah cara yang baik untuk membantu menyingkirkan toksin daripada badan.

(b) Tempoh penyelenggaraan
Guna Bio~Ever pada waktu pagi dan malam, dua botol sebulan. Anda perlu minum lebih banyak air, rehat secukupnya dan bersenam.

Monday, July 4, 2011

Cara Penggunaan Bio_Ever

Urut dalam gerakan berpusing pada bahagian-bahagian yang ditunjukkan sehingga diserap sepenuhnya.


Leher
Untuk leher yang lebih
licin dan tegap, sapu krim menghala ke atas.




Dada
Untuk kontur dada yang lebih tegap dan menarik, sapu krim menghala ke atas dan ke dalam



 

Bahagian dalam lengan
Untuk lengan yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas





Bahagian dalam paha
Untuk paha yang tegap dan kurus, sapu krim dalam gerakan berpusing yang menghala ke atas.



 
Abdomen
Sapu krim dalam arah mengikut pusingan jam di sekeliling abdomen untuk mengawalatur metabolisme dan melegakan masalah menstrual.




 
Bawah pinggang
Sapu krim dalam arah menghala ke bawah untuk membantu melegakan sakit belakang dan meningkatkan stamina.

Sunday, July 3, 2011

Rumusan Aktif Bio~Ever...


Pegaga (Centella Asiatica)
-Kaya dengan vitamin A dan C.
-Menggalakkan penyembuhan luka.
-Merangsang sintesis kolagen.




Wild Yam (Dioscorea Villosa)
-Komponen aktif diosgenin boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon progesteron.
-Mengawalatur metabolisme.
-Antioksidan dan meregangkan otot.




Soybean (Glycine Soja)
-Komponen aktif isoflavon boleh ditukar kepada phytohormon yang mirip dengan aktiviti hormon estrogen.
-Membantu masalah endokrin.
-Membantu sintesis kolagen, memutih dan melembapkan kulit.

Thursday, June 30, 2011

Bio~Ever...



Keistimewaan Bio~Ever

Bio-Ever™ menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.


Teknologi Liposom Nano
 
Rumusan aktif Bio~Ever™ dirumuskan ke dalam liposom (sfera lipid yang kecil dan kosong) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan.

Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Sijil-Sijil Diiktiraf...

Monday, June 20, 2011

Persoalan & Jawapan...


Menurut laporan WHO mengenai air minuman seisi rumah, didapati 1.6 juta kes kematian diarea yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan air minuman yang tidak selamat dan persekitaran yang tidak bersih. Maka, memilih sebuah penapis yang berkesan adalah sangat penting. Bagaimana menentukan keberkesanannya? Dapatkan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan berikut.

1) Air minuman yang disalurkan keluar dari paip air rumah saya kerap tercemar. Adakah Bio Aura dapat mengatasi masalah ini?
Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia...
  • Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
  • Unsur-unsur mineral yang seimbang;
  • Nilai pH cenderung kepada alkali;
  • Molekul-molekul yang kecil.

2) Bolehkah penapis biasa mengatasi masalah seperti yang dinyatakan di atas?
Penapis-penapis di pasaran dapat menapis keladak pejal dan membasmi mikroorganisma. Akan tetapi, ia tidak dapat mengekalkan unsur-unsur mineral yang baik untuk badan. Selain itu, nilai pH air yang ditapis oleh penapis biasa adalah lebih kurang 6 dan berasid, padahal badan manusia memerlukan air yang bernilai pH 7~ 8, beralkali. 

3) Apakah kelebihan air Bio Aura?
  • Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
  • Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
  • Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
  • Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.
4) Adakah penting untuk mengekalkan unsurunsur mineral?
Mineral (seperti kalsium, magnesium, selenium dan sebagainya) adalah salah satu unsur penting dalam badan manusia. Sebagai contoh, magnesium yang larut dalam air berperanan penting untuk mengelakkan berlakunya penyakit jantung. Kenyataan ini telah diakui oleh saintis.

5) Mengapa kita perlu meminum air yang beralkali?
Susuk badan yang bersifat neutral atau beralkali adalah paling baik untuk sel-sel, kerana dapat membantu dalam metabolisme badan, menyingkirkan bahan yang belum dihadam dan toksin, meringankan beban organ-organ dalaman dan sebaliknya, susuk badan yang bersifat asid membebankan ginjal dan hati, mudah berlakunya penyakit tamadun serta berasa letih, tidak sabar, gemuk, tertekan, tidak cukup tidur dan mengalami penuaan sebelum usia. 

6) Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
  • Penghadaman;
  • Menyingkirkan bahan buangan;
  • Melicinkan sendi-sendi;
  • Mengimbangkan suhu badan;
  • Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
  • Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.
7) Adakah unsur-unsur berguna air Bio Aura akan terjejas jika ia dididih atau disejukbekukan?
Tidak, air Bio Aura mempunyai molekul-molekul kecil yang tersusun rapat dan stabil. Sebenarnya, Bio Aura telah menyingkirkan bahan-bahan yang berbahaya dan mengekalkan unsur-unsur berguna, maka ia boleh terus diminum tanpa dididih. 

8) Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda. 

9) Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?
Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan. Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki. 

10) Bagaimana saya mencuci penapis seramik?
Tanggalkan penapis mengikut diagram di dalam manual pengguna dan kemudiannya pasang semula ke dalam katrij. Ringkas dan mudah sekali!